Welcoming Post..

Salam dan ceria semua... Penulis mengalu-alukan sebarang idea, komen daripada semua..Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah swt.. "Yang baik itu dtgnya daripada Allah, dan yg buruk itu dtgnya dari kita sendiri".. Komen penulis hanyalah semata-mata buah fikiran dan yg berkaitan dgn penulis..Sebolehnya tidak mahu menyentuh sensitiviti mana2 pihak... Smileeeeee!!!!!

Tuesday 12 April 2011

Salam Perkenalan...

Assalamualaikum..salam perkenalan..cemana yer mahu memperkenalkan diri..masih teragak-agak apa yang mahu ditulis dan masih belum berkembang pemikiran penulis utk 'how to introduce myself here'..hehehe..masih baru la katakan..masih lagi bertatih..ntah2 masih diperingkat terlentang (kalau baby laa)..yang akan menangis bila lapar, basah, tidak selesa..bla..bla..bla.. Masih banyak yang perlu dipelajari... Apa yang nak ditulis yerr? Pikir kejap...mmm, ok, kita mulakan dengan sesi pembelajaran penulis..Esok merupakan hari pertama bagi semester baru penulis sebagai pelajar..Insyaallah jika tiada aral, penulis akan tamat pengajian pada semester ini..Sekejap jer..pejam celik, pejam celik..sudah hampir 5 tahun belajar..Kerjaya sebagai seorang pekerja, isteri, ibu dan juga pada masa yang sama sebagai seorang pelajar sememangnya menuntut pengorbanan dan pengertian yang besar...Ketabahan juga penting, kerana tanpa ketabahan, rasanya habis berjejeh di tengah jalan...So, bagi sesiapa yang berminat untuk menyambung pelajaran itu tanamkanlah tekad dan berusaha sehingga berjaya..Jgn separuh jln..Sayang duit yg telah dilaburkan..Gagahkan juga diri yg tak seberapa gagah ini jika perlu..Insyaallah, usaha anda tidak akan sia-sia.  Mmmm, banyak pulak celoteh utk coretan yg pertama ini.  Ok, bertemu lagi...

No comments:

Post a Comment